|
SURAT EDARAN PROGRAM MANDATORY HANDHOLDING PTJ DI TAWAU
Rujukan:
S/K.KEW/PK/EP/1100/000000/143/134
( 16 )
Tarikh:
23 Ogos 2006
SENARAI
EDARAN
Y.
Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
PROGRAM
MANDATORY HANDHOLDING (MHH) UNTUK PENGGUNA-PENGGUNA SISTEM
ePEROLEHAN DARI PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) DI TAWAU DAN SANDAKAN, SABAH
Dengan
hormatnya saya menarik perhatian Y.
Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan
kepada perkara di
atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit ePerolehan, Kementerian
Kewangan Malaysia dengan kerjasama Syarikat Commerce Dot Com Sdn. Bhd. (CDCSB)
akan mengadakan program mandatory handholding untuk
pengguna-pengguna sistem ePerolehan dari PTJ-PTJ di sekitar Tawau, Sabah.
Pengguna-pengguna yang terlibat adalah kakitangan dan pegawai yang
membuat perolehan secara Kontrak Pusat dan Pembelian Terus. Program ini
akan diadakan dari 11 September 2006 sehingga 15 September 2006,
bertempat di Kolej Komuniti Tawau dan Jabatan Akauntan Negara Cawangan
Sandakan.
3.
Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan dan membiasakan
pengguna-pengguna berkenaan dengan prosidur dan tatacara membuat perolehan
Kontrak Pusat dan Pembelian Terus melalui sistem ePerolehan. Perolehan
semasa program ini adalah dibuat dengan menggunakan nota minta atau
cadangan pembelian. Senarai PTJ-PTJ dibawah Kementerian/Jabatan Y.Bhg
Datuk/Dato’/Tuan/Puan yang terlibat adalah seperti di Lampiran I.
4.
Selepas program MHH, pengguna-pengguna akan mula membuat perolehan
melalui sistem ePerolehan di PTJ masing-masing.
Sehubungan dengan itu kerjasama adalah dipohon dari pihak Y.Bhg
Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk membantu PTJ-PTJ berkenaan sekiranya mereka
menghadapi kesukaran menggunakan ePerolehan.
Kerjasama dan sokongan pihak Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam
menjayakan pelaksanaan sistem ePerolehan
amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya
yang menurut perintah,

(HJ. ZA’BA BIN HJ. CHE RUS)
Pengarah Projek ePerolehan
Unit ePerolehan,
b.p.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
Kementerian Kewangan Malaysia
s.k:
Dalaman
KSP
TKSP(O)
Luaran
Pengarah
Akauntan Negara Malaysia
Pejabat Akauntan Negara Malaysia
Aras Eksekutif
Tingkat 8, Blok 2G1A
Precint 2, Kompleks Kewangan
62594 Putrajaya
Pengarah
Projek Aplikasi Kerajaan Elektronik
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1-8, Lot 2G1A, Presint 2
Kompleks Kementerian Kewangan
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
(u.p.
: Encik Chan Ah Loon)
Ketua
Pegawai Operasi
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Tingkat 2, Wisma Amtek
No. 15, Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor
(u.p. : Encik Muzaffar Kamal B. Shahaludin)
|