|
Rujuk
Kami :
KK/eP 10/741/2/66 (32)
Tarikh
: 26 Julai 2007
Tuan/Puan,
JEMPUTAN
KE SESI TAKLIMAT MENGENAI SISTEM ePEROLEHAN KEPADA PEMBEKAL SIRI
4/2007 ANJURAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DAN COMMERCE DOT COM
SDN BHD
Dengan
hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2.
Adalah dimaklumkan
bahawa pada masa ini Sistem ePerolehan telah mula diguna pakai
secara meluas oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi tujuan perolehan
bekalan dan perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, Kementerian
Kewangan dan Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDCSB) akan menganjurkan satu
sesi taklimat mengenai sistem ePerolehan kepada pembekal-pembekal di
negeri Kelantan dan Terengganu bagi tujuan pendedahan dan pemahaman yang mendalam bagi
memantapkan lagi pelaksanaan sistem ePerolehan bagi setiap pembekal.
Di samping itu, kaunter khidmat nasihat dan bantuan mengenai Sistem
ePerolehan akan disediakan untuk kemudahan tuan/puan di sepanjang
sesi taklimat berkenaan. Sesi
taklimat mengenai Sistem ePerolehan akan diadakan seperti berikut:
Tarikh
:
02 September 2007
Masa
:
8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat
:
Pantai Cahaya Bulan Resort
Jalan Pantai Cahaya Bulan
15350 Kota Bharu, Kelantan (Peta
Lokasi)
3.
Sehubungan itu, tuan/puan
dengan ini dijemput untuk menghadiri sesi taklimat mengenai sistem
ePerolehan dan Aturcara Taklimat tersebut
adalah seperti di Lampiran
A. Kerjasama tuan/puan adalah
dipohon untuk menghantar wakil daripada syarikat tuan/puan dengan
mengemukakan maklum balas kehadiran seperti di Lampiran
B sebelum
16 Ogos 2007 (Khamis).
4.
Kehadiran dan
sokongan tuan/puan ke sesi taklimat ini amatlah dialu-alukan dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA
Saya
yang menurut perintah,
MUHAMMAD
AZLAN BIN ZAKARIA
Unit ePerolehan
b.p Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan
Malaysia
No.
Tel:
8312 7317
No. Faks:
8312 7271
E-mail:
azlan@eperolehan.gov.my
s.k.:
TKSP(O)
PP
TPP
Fail Timbul
|